Saturday, January 17, 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR TAHUN 2009
”CAPAI SEMUA A” – CSA
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU PERAK

1.PENGENALAN

Hasrat untuk mencapai KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG merupakan wawasan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak ke arah kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah pelajar. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan “Zero Defect” di kalangan warga pendidikan. Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan ICT dan latihan-latihan yang berupaya menyelesaikan masalah, menggunakan sumber, menguruskan masa dan diri serta merancang pembelajaran dengan lebih berkesan. Guru-guru juga perlu diperkasakan dengan Budaya Kerja Cemerlang(BKC) untuk merealisasikan cita-cita untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang di sekolah masing-masing.



2.RASIONAL

2.1 Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan PMR tahun 2008, didapati pencapaian sekolah amat mengecewakan di mana, bilangan atau peratus pelajar mendapat A bagi semua mata pelajaran amat rendah. (Lihat lampiran yang disertakan )


2.2 Program ini memberi fokus kepada peningkatan motivasi, kemahiran belajar, teknik dan strategi menjawab soalan peperiksaan disamping memperkasakan fungsi dan peranan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan Program Ibu/Ayah Angkat (Mentor-mantee
2.3 Program ini berpotensi meningkatkan motivasi, amalan strategi dan teknik belajar berkesan dan mampu menyumbang kepada peningkatan peratusan pencapaian A dalam semua mata pelajaran bagi calon PMR.

3.MATLAMAT
3.1 Meningkatkan peratus pelajar Cemerlang (pangkat A) dan lulus ABCD keseluruhan bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009.

3.2 Secara spesifiknya , target pencapaian PMR 2009 ialah:

3.2.1: Kualiti (Pangkat A ) – 15%
3.2.2: Kualiti (Pangkat B) – 20%
3.2.3: Lulus (Pangkat C) – 25%
3.2.4: Lulus minima (Pangkat D) – 30%
3.2.5: Lulus keseluruhan (ABCD) – 90%

4. OBJEKTIF
4.1 Membantu calon bersedia untuk menghadapi dan menjawab soalan-soalan peperiksaan.
4.2 Membina kemahiran diri dan kemahiran belajar di kalangan pelajar dalam akademik dan sahsiah.
4.3 Membimbing dan mendidik pelajar Tingkatan 3 supaya belajar dengan lebih sistematik untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009.
4.4 Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti seharian seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.
4.5 Menetapkan sasaran pencapaian PMR semua sekolah di daerah ialah:

4.5.1 Cemerlang ( Pangkat A) – 15%
4.5.2 Pangkat B - 20%
4.5.3 Pangkat C - 25%
4.5.4 Pangkat D - 30 %
4.5.5 Pencapaian ABCD ialah 90%.

5.KAWALAN
5.1 Semua aktiviti dilaksanakan melalui bimbingan dan nasihat Pengetua, semua Penolong Kanan dan semua Guru Kanan mata pelajaran.
5.2 Tugasan kepada semua guru yang terlibat untuk merancang, mengatur dan melaksanakan aktiviti hendaklah berlandaskan matlamat.
5.3 Perancangan peningkatan kelas yang lebih tersusun dan berobjektif oleh semua guru kelas.
5.4 Ibu bapa dan penjaga dimaklumkan untuk mendapatkan maklum balas dan kerjasama.
5.5 Semua pelajar akan dimaklumkan tentang matlamat dan objektif program.
5.6 Pihak sekolah dan semua guru peka dan prihatin tentang usaha menjadikan sekolah sebagai institusi yang mampu melahirkan insan yang cemerlang.

6.KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 3 tahun 2009 yang akan dipecahkan kepada 3 kategori:

6.1 Cemerlang (semua A) – Kategori 1
6.2 Potensi Cemerlang ( minima 4A) – Kategori 2
6.3 Potensi Lulus ( tiada D bagi semua mata pelajaran) – Kategori 3

7.JANGKA MASA

Januari – September 2009 (9 bulan)

8.AJK KECEMERLANGAN PMR 2009

8.1 Penasihat :
8.2 Penyelaras Progam :
8.3 Setiausaha :
8.4 Bendahari :
8.5 Ahli Jawatankuasa:

8.5.1. Penyelaras Peperiksaan PMR
8.5.2. Penyelaras Gerak Gempur PMR & Bank Soalan.
8.5.3. Penyelaras Kelas Tambahan .
8.5.4. Penyelaras Program ”Bicara Minda”-perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga
8.5.5. Penyelas Program Pemulihan (Medication)
8.5.6. Penyelaras Motivasi.
8.5.7. Penyelaras Program Kem Kecemerlangan
8.5.8. Penyelaras Program Kerohanian (Bina Insan /Qiamullail/Solat Hajat)
8.5.9. Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran
8.5.10. Guru Kaunseling & Bimbingan
8.5.11. Penyelaras Program Mesra Murni (AJK PIBG)


9. PERANCANGAN AKTIVITI

9.1 PROGRAM UTAMA
9.1.1. Pelbagai Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran dalam kelas
9.1.2. Latih tubi Berfokus
9.1.3. Peperiksaan & Penilaian – Ujian Bulanan, Ujian Pengesanan,
Percubaan PMR
9.1.4. Program Gempur Mata Pelajaran
9.1.5. Penilaian / Post-Mortem (Analisis Item)

9.2 PROGRAM SOKONGAN
9.2.1. Kelas Pengayaan & Pemulihan (2P)
9.2.1.1: Kelas Harian
9.2.1.2: KelasMasa Cuti
9.2.1.3: Cuti penggal

9.2.2. Program Motivasi
9.2.2.1: Pendedahan Teknik Menjawab Soalan PMR
9.2.2.2: Motivasi Jati Diri / Kem Kecemerlangan / Khemah Ibadat
9.2.2.3: Motivasi Ibu Bapa (Program Bicara Minda)
9.2.2.4: Program ‘ Muhasabah Diri ‘(Qiamullail)
9.2.2.5: Perjumpaan dengan ibu bapa (murid potensi cemerlang
dan potensi lulus/HaLus)

9.2.3. Gerak Gempur PMR (Learning To Score)
9.2.4. Jati Diri Berfokus (Kaunseling)
9.2.5. Skim Insentif Kemajuan (SIK) – beri ganjaran / lencana
kecemerlangan/ Papan Kenyataan Kecemerlangan. / sekurang-kurang
T-shirt sebagai “Kumpulan Pelajar Cemerlang”
9.2.6. Bimbingan Rohani
9.2.6.1: Bacaan Yassin pada hari Jumaat (minggu 2 dan 4)
9.2.6.2: Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bersama ibubapa

10. SUMBER KEWANGAN

10.1. PIBG
10.2. Sekolah
10.3. Kelab Staf
10.4. Orang Perseorangan

11. KEPERLUAN PROGRAM

11.1: Tenaga Penceramah/Fasilitator
11.1.1: Khidmat penceramah dari kalangan guru atau jemputan akan
digunakan.
11.1.2: Guru-guru dan jemputan akan bertindak sebagai
fasilitator dengan bantuan PRS.
11.1.3: Senarai keperluan penceramah/fasilitator akan
diperincikan dalam bahagian berkaitan.

12. PELAN PELAKSANAAN DAN JADUAL AKTIVITI

12.1 Pelan Pelaksanaan - Sila rujuk Lampiran 1
12.2 Analisis pencapaian PMR - Sila rujuk Lampiran 2,3,4,5,6 dan 7

13. JAWATANKUASA BERTINDAK PROGRAM KECEMERLANGAN

PROGRAM JAWATANKUASA BERTINDAK

13.1. Perjumpaan Guru-guru Tingkatan 3 – pelaksana program /penetapan
target
13.2. Analisis Penilaian – mengkaji pencapaian TOV dan Headcount /
penetapan target markah individu.
13.3. Kelas Tambahan – selepas waktu sekolah
13.4. Program Motivasi ”Belajar Cara Belajar”
13.5. Bimbingan Rohani
13.6. Bank Soalan
13.7. Penilaian / Analisis Item
13.8. Program Jati Diri Berfokus

14. STRATEGI

14.1. PERJUMPAAN GURU-GURU TINGKATAN 3

Objektif:
1.1 Menubuhkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka
Program Peningkatan PMR 2009
1.2 Menangani masalah dan kesulitan yang berkaitan dengan pembelajaran
pelajar Tingkatan 3.
1.3 Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
masalah yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar Tingkatan 3
1.4 Membuat analisis ujian bulanan / ujian pengesanan

Aktiviti:
1. Perbincangan menganalisis setiap keputusan ujian bulanan, ujian pengesanan,
ujian percubaan dan PRA PMR.
2. Jawatankuasa merangka strategi untuk mengatasi masalah pembelajaran
pelajar.
3. Mangadakan perbincangan untuk menetapkan program yang akan
dilaksanakan.

14.2. ANALISIS ITEM / PENILAIAN

Objektif:
2.1 Mengenal pasti tahap kekuatan dan kelemahan pelajar dalam kemahiran
yang diuji di dalam setiap penilaian bertulis yang dijalankan
2.2 Merangka strategi untuk mengatasi kekurangan kemahiran pelajar yang
berjaya dikenalpasti di dalam setiap penilaian.
2.3 Guru dapat mengklasifikasikan pelajar mengikut tahap kemampuan dan
kelemahan mereka.
2.4 Menilai tahap pencapaian pelajar tentang kemahiran yang dipelajari.
2.5 Melaksanakan program mengikut matlamat yang ditetapkan di peringkat
awal.

Aktiviti:
1. Guru-guru memilih dan mengenal pasti jenis soalan berdasarkan
kemahiran.
2. Pelajar menjawab soalan yang telah ditetapkan mengikut kemahiran dan
teknik menjawab yang betul berdasarkan format PMR.
3. Mengadakan latih tubi mengikut kemampuan dan kebolehan murid.
4. Mengadakan sesi perbincangan tentang soalan yang dijawab oleh pelajar.


14.3. KELAS TAMBAHAN BERFOKUS

Objektif:
3.1 Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran belajar .
3.2 Membolehkan pelajar menguasai setiap kemahiran yang belum dikuasai.
3.3 Mendedahkan pelajar dengan latihan pengukuhan sebelum menghadapi
ujian.
3.4 Latih tubi mengenai topik dan soalan-soalan yang penting mengikut
format PMR.

Aktiviti:
1. Mengadakan kelas tambahan setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan cuti penggal persekolahan.
2. Latihan pengukuhan yang mencukupi.
3. Mengadakan latihan pemantapan topikal berjadual.
4. Perbincangan kertas-kertas latihan yang meliputi kemahiran-kemahiran
penting.
5. Perbincangan teknik menjawab soalan yang betul.


14.4. MOTIVASI

14.4.1: PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR

Objektif:
1. Mendedahkan para pelajar cara pengurusan masa yang betul semasa
menjawab soalan.
2. Mendedahkan kepada pelajar mengenai kaedah dan teknik menjawab
soalan yang betul mengikut format PMR.
3. Pelajar menetapkan matlamat dan cara pelaksanaan yang betul untuk
mencapai kecemerlangan.

Aktiviti:
1. Mengadakan ceramah motivasi dalam program sekolah.
2. Bengkel mata pelajaran oleh fasilitator yang berpengalaman.
3. Perbincangan dan kerja kumpulan dalam sesi bengkel.


14.4.2: MOTIVASI JATI DIRI

Objektif:
1. Memberi nasihat kepada pelajar tentang pentingnya pencapaian yang
baik serta cemerlang.
2. Memberi kesedaran pentingnya penggunaan masa yang betul.
3. Mempunyai kesedaran sentiasa bersikap positif terhadap pelajaran.

Aktiviti:
1. Mengadakan ceramah berkaitan kemahiran belajar dan pengurusan masa
2. Mengadakan perbincangan dua hala antara pelajar dan guru.
3. Memberi ceramah mengenai kepentingan pencapaian matlamat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

14.4.3: MOTIVASI IBU BAPA (PROGRAM BICARA MINDA / MESRA MURNI)

Objektif:
1. Membentuk kerjasama secara menyeluruh antara ibu bapa, pelajar dan
warga sekolah ke arah peningkatan peratus pencapaian PMR 2009.
2. Memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi mencapai
matlamat bersama.
3. Mengesan dan mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar Tingkatan 3.
4. Mengatasi masalah disiplin pelajar melalui kunjungan ”silaturahim” ke rumah untuk kemajuan pelajar.

Aktiviti:
1. Dianjurkan oleh PIBG.
2. Pihak sekolah menerangkan strategi peningkatan sekolah.
3. Mendapat maklumbalas, sumbangan dan idea daripada ibu bapa dalam
sesi dialog.


14.4.4: MUHASABAH DIRI

Objektif:
1. Membentuk hubungan yang lebih rapat antara pelajar Tingkatan 3 dengan
pihak pentadbir dan guru supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar
2. Membimbing pelajar dengan lebih menyeluruh supaya mereka dapat
mengenalpasti kelemahan dan memperbaikinya

Aktiviti:
1. Diadakan secara bergilir mengikut kelas selepas bacaan Yassin setiap
Jumaat.
2. Pihak pentadbir dan guru yang tertentu memainkan peranan memberi
bimbingan dan panduan kepada pelajar Tingkatan 3.



14.4.5: PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA MURID POTENSI CEMERLANG
DAN POTENSI LULUS/GALUS

Objektif:
1. Membentuk hubungan yang lebih rapat antara pihak pentadbir dan guru
dengan ibu bapa supaya mereka sentiasa mendapat maklumat mengenai
prestasi pelajaran anak-anak mereka.
2. Dapat berbincang mencari jalan dan panduan supaya prestasi pelajar
Tingkatan 3 yang berkaitan dapat dipertingkatkan dengan penglibatan
sepenuhnya pihak sekolah dan ibu bapa.
3. Pelajar menetapakan target markah individu.

Aktiviti:
1. Diadakan secara bergilir mengikut potensi murid iaitu potensi cemerlang
dan potensi lulus
2. Perbincangan 2 hala antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mencari
penyelesaian dan kaedah terbaik mempertingkatkan prestasi pelajar
berdasarkan pencapaian pelajar dalam Ujian Pengesanan (UP).
3. Berbincang antara pelajar, guru dan ibu bapa/ penjaga untuk menetapkan sasaran markah setiap ujian / peperiksaan.




14.4.6: BIMBINGAN ROHANI

14.4.6.1: BACAAN YASIN HARI JUMAAT (MINGGU 2 DAN 4 )
14.4.6.2: BACAAN YASIN DAN SOLAT SUNAT HAJAT MENJELANG PMR 2009

Objektif:
1. Memberi kesedaran kepada para pelajar.
2. Memohon rahmat agar segala usaha dimakbulkan.
3. Mengeratkan ikatan silatulrahim antara warga sekolah, pelajar dan ibu
bapa serta penjaga.

Aktiviti:
1. Mengadakan bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat (minggu 2 dan 4 ) oleh pelajar dan semua guru-guru.
2. Mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat di dewan / surau kampung dengan disertai oleh, ibu bapa, pelajar dan warga sekolah.
3. Mengadakan penerangan tentang tujuan dan matlamat usaha mengadakan majlis ini.


PENUTUP

Segala matlamat yang disertai dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara berterusan serta melalui proses penilaian dan penambahbaikan biasanya akan menghasilkan kejayaan. Walaupun sesuatu matlamat yang disasarkan itu tinggi dan sukar dicapai Insya Allah dengan keyakinan dan sikap positif semua pihak terlibat matlamat tersebut dapat dicapai.


Disediakan oleh:

ZUNAIDI BIN HASSAN
Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak.

1 comment:

Anonymous said...

Nk bg tau saya nk ambk sbhn idea2 ni untk sekolah saya.tk